Friday, April 23, 2010

Salam Perkenalan Fillah

Tak kenal maka x cinta. maka ingin hamba ini perkenalkan diri sedikit biodata diri tentang hamba yang lemah ini.seorang berjanggut senget ke kanan, berbadan sasa, nampak ganas tapi mesra,insyaALlah

Tentang diriku.:

Nama: Johari Bin Awang

Hariku dilahirkan: 8hb April 2010

Umur: 22 tahun

Pendidikan Hidupku:

1. Tabika Nur-Kemas

2. Pra-Sekolah di Sekolah Kebangsaan Kutan

3. Sekolah Kebangsaan Kutan (1995-2000)

4. Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin, Pasir Pekan, Kelantan(2001-2003)

5. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur (2004-2005)

6. Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng, Perak (2006-2007)

7. Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah(2007-2011)

Hobi:

1. Memasak,

2. Membaca buku

3. Membaik pulih barang2 teknikal,ELEKTRONIK;

i) LAPTOP + PC

ii) KALKULATOR

iii) SEMUA JENIS JAM, TERMASUKLAH JAM TANGAN, JAM DINDING,JAM LOCENG DLL.

iv) HANDPHONE (dalam proses belajar)

1st topic

Don’t Judge People by its cover.

Penilaian manusia terhadap orang lain adalaha salah satu perkara yang tidak dapat tidak mesti dibuat dan ini adalah kerana kita selalu berhadapan dan bercampur dengan masyarakat dan orang lain. Apa yang menjadi persoalan pokok adalah dimana seseorang manusia membuat penilaian dan menghukum pada orang orangh lain berdasarkan luaran sahaja.Oleh sebab itu, ramai yang teresilap hukumkan orang lain dalam erti kata lain ini boleh menimbulkan fitnah yang sangat di bimbangi.Hatta semua orang tidak terlepas dari perkara ini.Jadi kita hendaklah sentiasa menjaga diri kita agar aman dari fitnah. Adakah kita sebagai manusia biasa layak untuk menghukum orang dengan melihat sesorang itu atas dasar pandangan luaran dan dengaran angin lalu sahaja?

Ku ketuk hati dan kepala otakku ini agar berfikir dengan lebih dalam lagi ntentang perkara ini. Meminjam kata-kata dari barat “We should not judge people until we put ourselves in his/her shoes “

Apakah yang dimaksudkan dengan kata-kata ini? Kepala otakku yang agak besar ini mula berfikir. Tentang perkara ini, kepala otakku mula berjalan menelusuri fikiran manusia diciptakan berlainan dan berbeza juga menjadi faktor yang menyumbang kepada SALAH FAHAM dalam menghukum dan pandangan.Andai ini di jadikan faktor untuk kita salah hukum seseorang secara obtrusif dan terus menerus tanpa tahu cerita asbab mengapa beliau@seseorang berbuat dan memperlakukan seperti itu walaupun pada pandangan kita, perbuatan beliau itu adalah kita rasakan ia salah, xbetul, kita jadi sakit hati, xselesa dengan apa yang diperbuat itu. Sebabnya kita mempunyai pandangan dan rasa yang berbeza. Padahal mungkin pada keadaan seseorang itu apa yang dibuat itu, adalah yang terbaik pada keadaan dan masa bagi dia. Ingatlah! Pasti! Ada sebabnya.

Sebagai contoh, Anda makan kerana anda lapar. Orang lain xdapat lihat KELAPARAN anda itu tapi anda yang merasainya akan makan atas asbab kita lapar. Sama juga kita aplikasikan dalam penanggapan manusia terhadap manusia yang lain. Orang lain xdapat melihat kita rasa lapar@ sakit tapi kita yang MERASAINYA jadi kita bereaksi atas apa yang kita perlu. Perlu di ingatkan sebelum kita menghukum seseorang kita kena letakkan diri kita pada tempat orang lain- yang kita lihat dan menghukum. APpa yang kita perlku faham, ini menjdai panduan kita dalam menghukum orang lain. Dalam Islam, kita disarankan agar HUSNUZZHAN pada orang lain iaitu BERSANGKA BAIK dengan orang lain. Penulis memberi contoh lagi untuk menunjukkan bahwa kita yang berkata-kata menghukum dan orang yang berada pada dua dimensi yang berlainan. Anda kata anda baru sahaja mengalami kemalangan jalan raya. Sahabat anda datang melawat anda dan dia bertanyakan khabar, dan anda berkongsi pengalaman dengan beliau. Beliau xrasa apa yang anda anda rasa walaupun anda menceritakan dengan penuh bersemangat dan penghayatan. Anda yang mengalaminya akan lebih TERASA tentang kejadian itu berbanding dengan sahabat anda yang mendengar cerita anda. Mmm. Kita cuba untuk buktikan perkara ini. Contohnya, Anda ambil tukul, anda ketuk pada tangan anda, kemudian tanyakan pada kawan anda, tentang dia rasa sakit@x bila anda ketuk tangan anda dengan tukul itu. Terpulang pada kawan anda jawapannya.Terbukti sudah kan?

Kesimpulannya,;

1. Janganlah kita CEPAT mengadili seseorang bila anda melihat suatu perkara@orang lain tanpa usul periksa.

2. Berhati2 apabila menggunakan tukul

3. Cuba fahami orang lain agar mudah untuk orang lain memahami anda

4. Sentiasalah bersangka baiklah pada orang lain

5. Bersihkan hati kita dari sebarang prasangka dan tanggapan yang negatif

6. Bermanis muka + senyum dengan orang lain


sekian catatan untuk 1st ini.